Friday, May 21, 2010

Treasure Hunt

1. Taklimat guru penasihat.
2. Semua ahli PRS dan ahli SLAD menyanyikan lagu Sahabat PPDa/SLAD dan Pembimbing Rakan Sebaya.
3. Aktiviti :
a) Treasure Hunt
Guru Penasihat memaklumkan kepada pelajar bahawa mereka perlu melalui 4 check point dalam aktiviti ini.

Check point 1 : Gelas Terbalik
1) Guru Penasihat menyediakan gelas yang mengandungi air.
2) Guru penasihat memberi arahan kepada semua pelajar bagaimana cara supaya
dapat melihat gelas itu terbalik ?
3) Guru penasihat akan provok pelajar supaya tiada yang berani terbalikkan gelas
tersebut.

Check Point 2 : Need Each Other
1) Guru meminta ketua kumpulan mengambil 7 bentuk yang berlainan warna.
2) Setiap kumpulan perlu menyusun bentuk-bentuk yang diperolehinya mengikut soalan yang diberikan oleh guru.
3) Semua kumpulan perlu menyusun bentuk mengikut soalan yang diberikan
4) Peserta diminta untuk memberikan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Check Point 3 : Uji Minda
1) Guru Penasihat memberikan soalan kepada setiap kumpulan.
2) Terdapat 4 soalan yang mengandungi bilangan nombor.
3) Soalan-soalan tersebut dinyatakan dalam bentuk nombor dan pelajar perlu
menukar nombor tersebut kepada huruf berdasarkan formula yang telah disediakan.
4) Huruf-huruf yang dinyatakan akan menghasilkan satu perkataan pada setiap soalan.

Check Point 4 : Mencari Barang Tersembunyi
1) Guru Penasihat menyenaraikan barang-barang yang perlu dicari oleh setiap
kumpulan.
2) 10 barang perlu dicari dalam masa 5 minit.
3) Barang-barang tersebut boleh dicari hanya di sekitar kawasan Taman Herba.
4) Pelajar-pelajar pelu mendapatkan barang tersebut melalui pelbagai cara.

Guru Penasihat menyatakan objektif daripada aktiviti ini. 


Check Point 'Need Each Other' yang dikendalikan oleh Khor Yen Min dan Khirujah.

Pelajar-pelajar membincangkan berkenaan perjalanan aktiviti yang akan dikendalikan.

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...