Tuesday, March 2, 2010

Komunikasi (Perhubungan Sehala dan 2 Hala)

Pelajar secara sukarela tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.


Pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut arahan.


Wakil pelajar melukiskan gambarajah  sebenar yang perlu dibuat oleh para pelajar.


Perhubungan sehala: 


1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya jangan bercakap atau bertanya apa-apa semasa proses berjalan.

Perhubungan 2 hala:


1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya mengikut arahan yang diberikan dan dibenarkan bercakap, bertanya serta mengemukakan soalan jika arahan tidak jelas.

Falsafah: 
  • Pelajar dapat mengetahui bahawa perhubungan 2 hala adalah mustahak. Contoh Guru – pelajar. 
  • Sangat berbahaya jika terpengaruh dengan orang lain / tidak tetap pendirian / kurang kenyakinan diri / takut dan lain-lain. 
  • Pergaulan / perhubungan penting khusus dalam menuntut ilmu. 
  • Keberanian bercakap / bakat kepimpinan perlu ada dalam diri seorang PRS. 
  • Dalam keadaan tertentu kita memerlukan bantuan orang lain. 
  • Pemimpin, ibubapa dan lain-lain mempunyai tanggungjawab untuk membimbing anak-anak mereka dan orang lain.

 
Lampiran untuk aktiviti Komunikasi (Perhubungan Sehala dan 2 Hala)

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...