Thursday, July 15, 2010

Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana

PROGRAM : Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana
TARIKH : 14 Julai 2010
TEMPAT : Dewan al-Madani, SMK Seksyen 18, Shah Alam.

OBJEKTIF PROGRAM : 

  • Memenuhi kehendak program PRS bagi membolehkan peserta menerima sijil. 
  • Membentuk individu supaya dapat mengenali kelemahan diri (Self Criticsm) dan kekuatan yang ada bagi meneroka cara-cara terbaik bagi mengatasi kelemahan diri. 
  • Meningkat dan memupuk sikap dan nilai yang positif serta dapat menyuburkan semangat dedikasi dan cintakan kecemerlangan terhadap segala tanggugjawab dikalangan peserta-peserta yang bakal menjadi kaunselor. 
  • Memperkukuhkan ciri-ciri keperibadian murni dan luhur melalui penyemaian nilai-nilai murni sebagai satu cara hidup.
  
KUMPULAN SASARAN 

  • 8 orang ahli PRS, SMK Seafield. 
  • Wakil 8 orang ahli PRS setiap Sekolah Menengah di Daerah Petaling Perdana. 



Antara peserta yang terlibat dalam Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana.

Antara ahli-ahli PRS SMK Seafield yang terlibat dalam Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana menerima sijil dan hadiah bergambar kenangan bersama Pn. Teh Seok Im (Pengetua) dan En. Musawir (PK Petang).

Latihan Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana (SMK Seafield) bersama guru-guru pengiring dan hadiah kemenangan.

Pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing untuk slot LDK (Pidato Spontan).
 Pelajar-pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan kecil untuk membentangkan hasil perbincangan dengan bimbingan fasilitator kumpulan masing-masing.

Pelajar-pelajar membuat pembentangan isu-isu yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...