Sunday, May 23, 2010

Pertandingan Melukis Poster Kerjaya 2010

SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KERJAYA 2010
TEMA : ‘SAINS DAN TEKNOLOGI ASAS KEUTUHAN EKONOMI NEGARA‘
TARIKH : 21 APRIL (Rabu)
TEMPAT : Bilik Pendidikan Seni Visual, SMK Seafield
ANJURAN : Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Kelab Kerjaya
DIBANTU OLEH : Ahli Kelab PRS dan Ahli Kelab SLAD    PENYERTAAN :
1) Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan 1 dan 2.
2) Pertandingan dijalankan secara langsung selama 2 jam 30 minit.
3) Lukisan perlulah ciptaan sendiri atau asli.
4) Proses pengadilan adalah berdasarkan kreativiti, keaslian konsep lukisan poster dan kemampuan lukisan tersebut menyampaikan mesej secara berkesan.
5) Poster perlulah menggunakan bahan-bahan berikut :-
·         Pensil Warna
·         Krayon
·         Warna Air
·         Kertas Lukisan
6) Keputusan hakim adalah muktamad.
SKEMA PENILAIAN :
  • Tema     (20 markah)
  • Ilustrasi     (20 markah)
  • Gubahan/Komposisi/Olahan   (30 markah)
  • Warna Bebas    (20 markah)
  • Kemasan     (10 markah)
  
Para peserta yang terlibat dalam Pertandingan Melukis Poster Kerjaya 2010 bagi kategori Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
 
Antara ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang turut sama membantu menjayakan pertandingan.              
 
En. Jafny Hj. Jaapar (Guru Penasihat Kelab Kerjaya) dan Pn. Sumalidza  Bakri (Guru PSV) sedang meneliti beberapa lukisan yang telah dihantar untuk proses penilaian seterusnya.             
Antara lukisan para peserta yang hampir siap sebelum dihantar kepada guru.
 
Atas dan Bawah : En. Jafny Hj. Jaapar dan Pn. Normadiyana Abdullah memerhatikan pelajar melukis dan mewarna lukisan mengikut kreativiti masing-masing.
Antara hadiah dan sijil yang disediakan untuk pelajar dalam Pertandingan Melukis Poster Kerjaya 2010 bagi kategori Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.          
Atas dan Bawah : Pn. Teh Seok Im (Pengetua), merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang bagi kategori Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...