Peranan PRS

  1. Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
  2. Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah. 
  3. Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
  4. Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  5. Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.
  6. Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
  7. Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan berempati.
  8. Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
  9. Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  10. Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
  11. Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
  12. Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
  13. Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
  14. Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri. 
  15. Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.

    Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

    1. Taklimat guru penasihat.
    2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
    3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
    4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
    5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
    6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
    7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
    8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

    Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

    Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

    Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

    Tarikh : 30 Julai 2011

    Masa : 1.00 pm – 5.00pm

    Tema Pakaian : Smart Casual



    “Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

    1. Taklimat guru penasihat.
    2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
    3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
    4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

    Salam Lebaran 2011...