Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dilakukan oleh PRS

PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
PERKARA YANG TIDAK  BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS

Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan rasa selesa dan empati.

Menerima rakan dengan terbuka.

Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.

Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.


Mematuhi kerahsiaan.

Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi.

Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa seharian.

Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalamannya.

Merujuk kes-kes yang berat kepada guru bimbingan dan menjadi jambatan kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru BK atau orang yang lebih arif.

Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.

Memberatkan kesejahteraan diri dan memahami limitasi diri untuk membantu.
Mengawal, memberi khutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.

Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.

Memberi nasihat atau memberi cadangan penyelesaian untuk diikuti.


Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu sendiri.

Bercerita dengan orang lain.

Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera.

Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi mendalam.

Bertindak menyelesaikan masalah rakan.






Menghadapi sendiri masalah yang runcing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.




Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.


Terlibat dengan masalah rakan secara peribadi sehingga mengganggu pelajaran dan perasaan.

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...