Friday, July 9, 2010

Latihan Kepimpinan & “Team Building” Kelab PRS, Kelab Kerjaya dan Kelab SLAD

Antara aktiviti yang dijalankan untuk pembahagian pelajar dan pembentukan kumpulan kecil.
 Pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan untuk slot ice breaking dan menetapkan cheer kumpulan masing-masing.
 Pelajar-pelajar bersemangat mempersembahkan cheer kumpulan masing-masing.
 "Mr & Miss Taylor’s 2010" memperagakan pakaian yang telah dihiaskan oleh pelajar-pelajar dalam kumpulan masing-masing.
Antara Mr & Miss Taylor’s 2010 yang telah dihiaskan dengan pakaian yang bersumberkan bahan-bahan terpakai untuk diperagakan.
Latihan Kepimpinan dan Team Building Kelab PRS, Kelab Kerjaya dan Kelab SLAD untuk pelajar-pelajar SMK Seafield dan SMK USJ 12,Subang Jaya.  
 
PROGRAM : Latihan Kepimpinan Dan “Team Building” Kelab PRS, Kelab Kerjaya dan Kelab SLAD.
TARIKH : 3 Julai 2010 
TEMPAT : Taylor's College, Subang Jaya OBJEKTIF PROGRAM :
  • Program ini adalah sebagai satu usaha berterusan untuk menimbulkan dan menumbuhkan kesedaran sahsiah di kalangan ahli kelab yang terlibat.
  • Memberi keyakinan kepada pelajar bahawa semua individu ada kelebihan yang tersendiri untuk berjaya.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pentingnya semangat bekerjasama  dan toleransi dalam organisasi.
  • Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang semangat berpasukan. 

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...