Wednesday, March 10, 2010

Halangan Komunikasi

Pelajar bersama pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir selama 5 minit. 



Pasangan perlu perlu duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa 5 minit. 


1.  Guru penasihat memberikan taklimat berkaitan aktiviti yang dijalankan. 
2.  Guru memberikan arahan supaya pelajar memilih pasangan masing-masing dan mengambil tempat di mana-mana bilik yang mereka rasa selesa.  
3.  Semua pelajar bersama pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir selama 5 minit. 
4.  Kemudian, pasangan yang sama perlu duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa 5 minit. 
5.  Guru meminta 2 pelajar bersama pasangan masing-masing tampil ke hadapan untuk berkongsi apa yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan. Pelajar diminta untuk memberikan reaksi mengenai komunikasi dalam dua situasi yang berlainan itu.

Falsafah:
Guru membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada:
  1. Dalam konteks membimbing, perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya.
  2. Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap. 
  3. Penting bagi ahli PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar, menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan.

      0 comments:

      Post a Comment

      Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

      1. Taklimat guru penasihat.
      2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
      3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
      4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
      5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
      6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
      7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
      8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

      Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

      Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

      Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

      Tarikh : 30 Julai 2011

      Masa : 1.00 pm – 5.00pm

      Tema Pakaian : Smart Casual



      “Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

      1. Taklimat guru penasihat.
      2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
      3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
      4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

      Salam Lebaran 2011...

      Inventori Personaliti Warna (25 Januari 2011)

      1. Taklimat guru penasihat.

      2. Ahli diedarkan Inventori Personaliti Warna ( IPW ) dan diminta menjawab iventori tersebut.

      3. Guru pensihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujian psikometrik dan pentafsiran IPW.

      4. Ahli meneroka kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian IPW.

      5. Sesi soal jawab antara ahli.

      6. Aktiviti - Inventori Personaliti Warna ( IPW ).

      7. Nyanyian lagu PRS, Sahabat PPDA, Malaysia 1.

      Menghantar Mesej (8 Mac 2011)

        1. Taklimat guru penasihat.
        2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
        3. Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
        4. Guru menyampaikan maklumat kepada semua Ketua Kumpulan/Ketua Pembimbing.
        5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
        6. Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan secara berbisik kepada peserta pertama.
        7. Peserta tersebut pula membisikkan maklumat berkenaan kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
        8. Peserta terakhir dikehendaki menulis maklumat (lukis gambar) yang diterima di atas kertas kosong yang diberi.
        9. Ketua Pembimbing menunjukkan hasil lukisan yang telah selesai. Bandingkan hasil lukisan yang dibuat oleh setiap kumpulan dengan lukisan asal.
        10. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

      SUKAN SEAFIELD...30 April 2011

      1 Sukan 1 Murid 1 MALAYSIA…

      Majulah Sukan untuk Negara…

      Salam Ramadhan 2011...

      PROGRAM MAPAN

      PROGRAM : Program Hati ke Hati (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)

      TARIKH : 24 Januari 2011

      TEMPAT : SMK Seksyen 24, Shah Alam

      OBJEKTIF PROGRAM :

      • Meningkatkan mutu sahsiah dan disiplin murid.
      • Pendedahan mengenai tatatertib dan undang-undang di Malaysia.

      KUMPULAN SASARAN

      • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.

      PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Rendah)

      PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah Negeri Selangor 2011

      TARIKH : 29 Mac 2011

      TEMPAT : Hotel Presscot, Klang

      OBJEKTIF PROGRAM :

      • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
      • Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

      KUMPULAN SASARAN

      • Pemimpin pelajar Sekolah Rendah.
      • Bilangan peserta : 300 orang

      KURSUS FASILITATOR

      PROGRAM : Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS Negeri Selangor 2011

      TARIKH : 22 hingga 24 Februari 2011

      TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

      OBJEKTIF PROGRAM :

      • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan PPDa lainnya dengan berkesan.

      KUMPULAN SASARAN

      • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
      • Bilangan peserta : 106 orang

      EKSPEDISI LESTARI KE GUNUNG LEDANG RESORT

      PROGRAM : Ekspedisi Lestari ke Gunung Ledang Resort

      TARIKH : 25 hingga 26 Mac 2011

      TEMPAT : Gunung Ledang Resort

      OBJEKTIF PROGRAM :

      • Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum dengan menerapkan nilai melestarikan alam sekitar di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.
      • Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.
      • Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang “Pelancongan, Biodiversiti dan Alam Sekitar di resort bertaraf 4 bintang”
      • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam meneroka kepelbagaian kerjaya yang ditawarkan dalam industry pelancongan Negara.

      KUMPULAN SASARAN

      • 40 pelajar Kelab Kerjaya, PRS dan SLAD.

      Menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS (29 Mac 2011)

      1. Taklimat guru penasihat.

      2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.

      3. Guru dan pelajar menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS.

      LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FRIM, KEPONG

      PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Perkhidmatan Setempat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

      TARIKH : 22 Mei 2011

      TEMPAT : FRIM, Kepong

      OBJEKTIF PROGRAM :


      Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.


      Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.


      Memberi pendedahan kepada murid untuk melihat sendiri kejadian alam semulajadi sebagai pengisian pembelajaran dan pengalaman kehidupan seharian.


      Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang ”Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar”

      PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Menengah)

      PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Menengah Negeri Selangor 2011

      TARIKH : 26 April 2011

      TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

      OBJEKTIF PROGRAM :

      • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
      • Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
      • Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

      KUMPULAN SASARAN

      • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.
      • Bilangan peserta : 300 orang

      Halangan Komunikasi (12 April 2011)

      1. Taklimat guru penasihat.
      2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
      3. Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
      4. Guru menyampaikan maklumat kepada semua ketua kumpulan/ketua pembimbing.
      5. Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat ‘body language’ kepada peserta pertama.
      6. Peserta tersebut pula menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat ‘body language’ juga kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
      7. Peserta terakhir dikehendaki meneka maklumat yang diterima.
      8. Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat dianggap sebagai pemenang.
      9. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

      HARI GURU 16 Mei 2011...

      Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...



      Penilaian PRS...5 Julai 2011