Wednesday, March 10, 2010

Ceramah Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah


 Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat (Pegawai Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Petaling Perdana) memberikan ceramah berkaitan "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah".

 Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat bertanyakan sesuatu kepada pelajar-pelajar berkaitan maklumat yang disampaikan dalam ceramahnya.

Antara ahli Kelab PRS dan Kelab SLAD yang turut sama menghadiri ceramah yang diadakan.


9 Mac 2010 (Selasa), Dewan Seri Kenangan SMK Seafield.
Anjuran Kelab SLAD bersama kelab PRS mengadakan ceramah "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah" dengan menjemput penceramah khas dari Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Penceramah yang dimaksudkan ialah Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Petaling Perdana. Ceramah yang bermula pada pukul 3.00-4.00 petang ini telah melibatkan seramai 32 orang ahli kelab SLAD dan 33 orang ahli kelab PRS.
Sebelum bermulanya ceramah, ahli-ahli perlu menyanyikan lagu tema PPDa/SLAD sebagai simbol dan lambang pelajar-pelajar merupakan sahabatPPDa. Pengisian ceramah dan maklumat yang disampaikan membawa pelbagai mesej yang perlu difahami oleh guru-guru dan pelajar. Pelbagai perkongsian pengalaman diberikan berkaitan rokok dan dadah bersama-sama ahli SLAD dan PRS. Secara keseluruhan, ahli-ahli memberikan kerjasama yang baik.

0 comments:

Post a Comment

Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
  3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
  4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
  5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
  6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
  7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
  8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

Tarikh : 30 Julai 2011

Masa : 1.00 pm – 5.00pm

Tema Pakaian : Smart Casual



“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

  1. Taklimat guru penasihat.
  2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
  3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
  4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

Salam Lebaran 2011...