2. Guru memberikan arahan supaya pelajar memilih pasangan masing-masing dan mengambil tempat di mana-mana bilik yang mereka rasa selesa.
3. Semua pelajar bersama pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir selama 5 minit.
4. Kemudian, pasangan yang sama perlu duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa 5 minit.
5. Guru meminta 2 pelajar bersama pasangan masing-masing tampil ke hadapan untuk berkongsi apa yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan. Pelajar diminta untuk memberikan reaksi mengenai komunikasi dalam dua situasi yang berlainan itu.
Falsafah:
Guru membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada:
- Dalam konteks membimbing, perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya.
- Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap.
- Penting bagi ahli PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar, menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan.
0 comments:
Post a Comment