Tuesday, March 30, 2010

Pidato Spontan


Antara pelajar-pelajar yang terpilih untuk melontarkan idea dan mengasah bakat dalam Aktiviti Pidato Spontan.

1. Taklimat guru penasihat.
2. Guru meminta setiap pelajar mencabut undi untuk menentukan tajuk yang perlu diulas dalam pidato spontan.
3. Pelajar-pelajar yang mendapat tajuk pada kertas undian perlu keluar ke hadapan untuk bercakap secara spontan berkaitan dengan tajuk yang telah ditetapkan.
4. Setiap pelajar perlu menyampaikan pengucapan awam selama 2 minit.
5. Tajuk yang telah dikhaskan adalah berkaitan dengan Rokok, Dadah, HIV dan Aids.
6. Penyampaian ucapan awam tersebut perlulah mempunyai pendahuluan, isi dan huraian, contoh,serta penutup/kesimpulan.


Falsafah:
  • Memupuk sifat berani di kalangan pelajar untuk membuat pengucapan umum.
  • Pelajar dapat menyatakan isi pengucapan secara spontan.
  • Meningkatkan kenyakinan dalam diri pelajar.
  • Pelajar dapat mengetahui dan menilai kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam diri mereka. 

      Wednesday, March 10, 2010

      Halangan Komunikasi

      Pelajar bersama pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir selama 5 minit. 



      Pasangan perlu perlu duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa 5 minit. 


      1.  Guru penasihat memberikan taklimat berkaitan aktiviti yang dijalankan. 
      2.  Guru memberikan arahan supaya pelajar memilih pasangan masing-masing dan mengambil tempat di mana-mana bilik yang mereka rasa selesa.  
      3.  Semua pelajar bersama pasangan duduk berhadapan bertentangan mata dan bercerita bergilir-gilir selama 5 minit. 
      4.  Kemudian, pasangan yang sama perlu duduk membelakang (back to back) dan mereka bercerita sesuatu dalam masa 5 minit. 
      5.  Guru meminta 2 pelajar bersama pasangan masing-masing tampil ke hadapan untuk berkongsi apa yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan. Pelajar diminta untuk memberikan reaksi mengenai komunikasi dalam dua situasi yang berlainan itu.

      Falsafah:
      Guru membimbing perbincangan dengan memberi fokus kepada:
      1. Dalam konteks membimbing, perhubungan bertentangan mata sangat penting agar reaksi dan perasaan rakan dapat dilihat sepenuhnya.
      2. Kesabaran penting untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan dari segi mendengar dan bercakap. 
      3. Penting bagi ahli PRS mengenal pasti faktor-faktor halangan dan kesannya dalam proses mendengar, menerima dan menyampaikan mesej dengan berkesan.

          Ceramah Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah


           Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat (Pegawai Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Petaling Perdana) memberikan ceramah berkaitan "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah".

           Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat bertanyakan sesuatu kepada pelajar-pelajar berkaitan maklumat yang disampaikan dalam ceramahnya.

          Antara ahli Kelab PRS dan Kelab SLAD yang turut sama menghadiri ceramah yang diadakan.


          9 Mac 2010 (Selasa), Dewan Seri Kenangan SMK Seafield.
          Anjuran Kelab SLAD bersama kelab PRS mengadakan ceramah "Pencegahan Rokok dan Jauhi Dadah" dengan menjemput penceramah khas dari Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana. Penceramah yang dimaksudkan ialah Tn. Ahmad Normi bin Tn. Mat, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Disiplin, Petaling Perdana. Ceramah yang bermula pada pukul 3.00-4.00 petang ini telah melibatkan seramai 32 orang ahli kelab SLAD dan 33 orang ahli kelab PRS.
          Sebelum bermulanya ceramah, ahli-ahli perlu menyanyikan lagu tema PPDa/SLAD sebagai simbol dan lambang pelajar-pelajar merupakan sahabatPPDa. Pengisian ceramah dan maklumat yang disampaikan membawa pelbagai mesej yang perlu difahami oleh guru-guru dan pelajar. Pelbagai perkongsian pengalaman diberikan berkaitan rokok dan dadah bersama-sama ahli SLAD dan PRS. Secara keseluruhan, ahli-ahli memberikan kerjasama yang baik.

          Tuesday, March 2, 2010

          Komunikasi (Perhubungan Sehala dan 2 Hala)

          Pelajar secara sukarela tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.


          Pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut arahan.


          Wakil pelajar melukiskan gambarajah  sebenar yang perlu dibuat oleh para pelajar.


          Perhubungan sehala: 


          1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
          2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
          3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya jangan bercakap atau bertanya apa-apa semasa proses berjalan.

          Perhubungan 2 hala:


          1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
          2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
          3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya mengikut arahan yang diberikan dan dibenarkan bercakap, bertanya serta mengemukakan soalan jika arahan tidak jelas.

          Falsafah: 
          • Pelajar dapat mengetahui bahawa perhubungan 2 hala adalah mustahak. Contoh Guru – pelajar. 
          • Sangat berbahaya jika terpengaruh dengan orang lain / tidak tetap pendirian / kurang kenyakinan diri / takut dan lain-lain. 
          • Pergaulan / perhubungan penting khusus dalam menuntut ilmu. 
          • Keberanian bercakap / bakat kepimpinan perlu ada dalam diri seorang PRS. 
          • Dalam keadaan tertentu kita memerlukan bantuan orang lain. 
          • Pemimpin, ibubapa dan lain-lain mempunyai tanggungjawab untuk membimbing anak-anak mereka dan orang lain.

           
          Lampiran untuk aktiviti Komunikasi (Perhubungan Sehala dan 2 Hala)

          "Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir

          Wakil pelajar memberikan penjelasan kepada gambar yang diedarkan.
           
          Wakil pelajar memberikan pentafsiran disebalik gambar yang diperolehi.  
           Salah satu lampiran untuk aktiviti "Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir. 
          1. Taklimat guru penasihat. 
          2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. 
          3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut. 
          4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. 

          Falsafah:

          • Individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja.  
          • Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak.  
          • Membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong.  
          • Prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

              Inventori Personaliti Warna (IPW)

              Ahli duduk dalam kumpulan masing-masing untuk memudahkan perjalanan aktiviti dijalankan.

              Guru penasihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujian psikometrik dan pentafsiran IPW.

              1. Guru Penasihat memberikan taklimat sebelum aktiviti dijalankan.
              2. Guru mengedarkan borang Inventori Personaliti Warna (IPW) dan meminta ahli menjawab inventori tersebut.
              3. Ahli menjawab inventori yang diedarkan mengikut pandangan masing-masing.
              4. Guru penasihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujian psikometrik dan pentafsiran IPW.
              Falsafah:  
              • Ahli dapat meneroka dan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian IPW.

              PRS CAN DO AND CAN'T DO?

              Melukis Gambar Lembu & Lakaran Wajah (1 Mac 2011)

              1. Taklimat guru penasihat.
              2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
              3. Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
              4. Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
              5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
              6. Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
              7. Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
              8. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

              Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011

              Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)

              Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)

              Tarikh : 30 Julai 2011

              Masa : 1.00 pm – 5.00pm

              Tema Pakaian : Smart Casual



              “Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)

              1. Taklimat guru penasihat.
              2. Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
              3. Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
              4. Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.

              Salam Lebaran 2011...

              Inventori Personaliti Warna (25 Januari 2011)

              1. Taklimat guru penasihat.

              2. Ahli diedarkan Inventori Personaliti Warna ( IPW ) dan diminta menjawab iventori tersebut.

              3. Guru pensihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujian psikometrik dan pentafsiran IPW.

              4. Ahli meneroka kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian IPW.

              5. Sesi soal jawab antara ahli.

              6. Aktiviti - Inventori Personaliti Warna ( IPW ).

              7. Nyanyian lagu PRS, Sahabat PPDA, Malaysia 1.

              Menghantar Mesej (8 Mac 2011)

                1. Taklimat guru penasihat.
                2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
                3. Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
                4. Guru menyampaikan maklumat kepada semua Ketua Kumpulan/Ketua Pembimbing.
                5. Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
                6. Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan secara berbisik kepada peserta pertama.
                7. Peserta tersebut pula membisikkan maklumat berkenaan kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
                8. Peserta terakhir dikehendaki menulis maklumat (lukis gambar) yang diterima di atas kertas kosong yang diberi.
                9. Ketua Pembimbing menunjukkan hasil lukisan yang telah selesai. Bandingkan hasil lukisan yang dibuat oleh setiap kumpulan dengan lukisan asal.
                10. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

              SUKAN SEAFIELD...30 April 2011

              1 Sukan 1 Murid 1 MALAYSIA…

              Majulah Sukan untuk Negara…

              Salam Ramadhan 2011...

              PROGRAM MAPAN

              PROGRAM : Program Hati ke Hati (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)

              TARIKH : 24 Januari 2011

              TEMPAT : SMK Seksyen 24, Shah Alam

              OBJEKTIF PROGRAM :

              • Meningkatkan mutu sahsiah dan disiplin murid.
              • Pendedahan mengenai tatatertib dan undang-undang di Malaysia.

              KUMPULAN SASARAN

              • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.

              PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Rendah)

              PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah Negeri Selangor 2011

              TARIKH : 29 Mac 2011

              TEMPAT : Hotel Presscot, Klang

              OBJEKTIF PROGRAM :

              • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
              • Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

              KUMPULAN SASARAN

              • Pemimpin pelajar Sekolah Rendah.
              • Bilangan peserta : 300 orang

              KURSUS FASILITATOR

              PROGRAM : Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS Negeri Selangor 2011

              TARIKH : 22 hingga 24 Februari 2011

              TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

              OBJEKTIF PROGRAM :

              • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan PPDa lainnya dengan berkesan.

              KUMPULAN SASARAN

              • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
              • Bilangan peserta : 106 orang

              EKSPEDISI LESTARI KE GUNUNG LEDANG RESORT

              PROGRAM : Ekspedisi Lestari ke Gunung Ledang Resort

              TARIKH : 25 hingga 26 Mac 2011

              TEMPAT : Gunung Ledang Resort

              OBJEKTIF PROGRAM :

              • Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum dengan menerapkan nilai melestarikan alam sekitar di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.
              • Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.
              • Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang “Pelancongan, Biodiversiti dan Alam Sekitar di resort bertaraf 4 bintang”
              • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam meneroka kepelbagaian kerjaya yang ditawarkan dalam industry pelancongan Negara.

              KUMPULAN SASARAN

              • 40 pelajar Kelab Kerjaya, PRS dan SLAD.

              Menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS (29 Mac 2011)

              1. Taklimat guru penasihat.

              2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.

              3. Guru dan pelajar menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS.

              LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FRIM, KEPONG

              PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Perkhidmatan Setempat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong

              TARIKH : 22 Mei 2011

              TEMPAT : FRIM, Kepong

              OBJEKTIF PROGRAM :


              Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.


              Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.


              Memberi pendedahan kepada murid untuk melihat sendiri kejadian alam semulajadi sebagai pengisian pembelajaran dan pengalaman kehidupan seharian.


              Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang ”Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar”

              PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Menengah)

              PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Menengah Negeri Selangor 2011

              TARIKH : 26 April 2011

              TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

              OBJEKTIF PROGRAM :

              • Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
              • Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
              • Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

              KUMPULAN SASARAN

              • Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.
              • Bilangan peserta : 300 orang

              Halangan Komunikasi (12 April 2011)

              1. Taklimat guru penasihat.
              2. Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
              3. Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
              4. Guru menyampaikan maklumat kepada semua ketua kumpulan/ketua pembimbing.
              5. Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat ‘body language’ kepada peserta pertama.
              6. Peserta tersebut pula menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat ‘body language’ juga kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
              7. Peserta terakhir dikehendaki meneka maklumat yang diterima.
              8. Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat dianggap sebagai pemenang.
              9. Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.

              HARI GURU 16 Mei 2011...

              Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara...



              Penilaian PRS...5 Julai 2011