"Membentuk Pelajar yang Rasional, Bertanggungjawab serta Mampu Membuat Pilihan yang Terbaik Demi Mencapai Kesejahteraan Hidup".
MISI PRS
"Membimbing Pelajar untuk Membantu Dirinya dalam Kehidupan Seharian Agar Berpotensi Menjadi Insan Berguna".
MISI SMK Seafield
"Memberi Pendidikan Bertaraf Dunia yang Menggalakkan "Critical Inquiry" untuk Melahirkan Insan Produktif, Mempunyai Self-Esteem yang Tinggi, & Mampu Menyesuaikan Diri dengan Perubahan Dunia & Teknologi Terkini".
PENGENALAN
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.
Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana
PROGRAM : Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana
TARIKH : 14 Julai 2010
TEMPAT : Dewan al-Madani, SMK Seksyen 18, Shah Alam.
OBJEKTIF PROGRAM :
Memenuhi kehendak program PRS bagi membolehkan peserta menerima sijil.
Membentuk individu supaya dapat mengenali kelemahan diri (Self Criticsm) dan kekuatan yang ada bagi meneroka cara-cara terbaik bagi mengatasi kelemahan diri.
Meningkat dan memupuk sikap dan nilai yang positif serta dapat menyuburkan semangat dedikasi dan cintakan kecemerlangan terhadap segala tanggugjawab dikalangan peserta-peserta yang bakal menjadi kaunselor.
Memperkukuhkan ciri-ciri keperibadian murni dan luhur melalui penyemaian nilai-nilai murni sebagai satu cara hidup.
KUMPULAN SASARAN
8 orang ahli PRS, SMK Seafield.
Wakil 8 orang ahli PRS setiap Sekolah Menengah di Daerah Petaling Perdana.
Antara peserta yang terlibat dalam Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana.
Antara ahli-ahli PRS SMK Seafield yang terlibat dalam Kem Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana menerima sijil dan hadiah bergambar kenangan bersama Pn. Teh Seok Im (Pengetua) dan En. Musawir (PK Petang).
Latihan Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana (SMK Seafield) bersama guru-guru pengiring dan hadiah kemenangan.
Pelajar-pelajar duduk dalam kumpulan bersama fasilitator masing-masing untuk slot LDK (Pidato Spontan).
Pelajar-pelajar membuat perbincangan dalam kumpulan kecil untuk membentangkan hasil perbincangan dengan bimbingan fasilitator kumpulan masing-masing.
Pelajar-pelajar membuat pembentangan isu-isu yang telah dibincangkan dalam kumpulan masing-masing.
Semuaahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
Guru membuat pembahagian kumpulan (4 kumpulan).
Setiap kumpulan melantik seorang ketua.
Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
Semua pelajar diminta untuk melukis gambar seekor ‘lembu’ dan ‘muka /wajah’ masing-masing mengikut kreativiti.
Guru menjelaskan pentafsiran gambar yang telah dilukis.
Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.
Jamuan Akhir Tahun PRS 30 Julai 2011
Jamuan Akhir Tahun Kelab PRS (Hi-Tea)
Tempat : Holiday Villa, Subang Jaya (Cafe)
Tarikh : 30 Julai 2011
Masa : 1.00 pm – 5.00pm
Tema Pakaian : Smart Casual
“Optical Illusion” / Salji Di Padang Pasir (8 Februari 2011)
Taklimat guru penasihat.
Ahli diedarkan Lampiran 1-3 dan diminta meneliti apa yang mereka nampak. Lekatkan gambar itu di dinding.
Perbincangan diadakan mengapa ada ahli nampak jelas satu aspek saja daripada semua gambar tersebut.
Guru penasihat menerangkan pentafsiran bahawa apabila seseorang memandang sesuatu, otaknya akan memberitahu mata supaya menumpukan perhatian kepada satu yang jelas kelihatan sahaja. Kaitkan ini dengan cara individu mengukur seseorang dengan memandang lahiriah saja. Tanpa mengenali dengan lebih dekat, kesimpulan dan penilaian awal akan dibuat sama ada ada cara sedar atau tidak. Kaitkan bagaimana faktor membuat penilaian awal ini boleh menyekat penerimaan terhadap individu itu, terutama di dalam proses menolong. Tegaskan bahawa prasangka dan lain-lain akan membuatkan Pembimbing Rakan Sebaya mempunyai fikiran tertutup dan perhubungan tidak akan berkesan.
Salam Lebaran 2011...
Inventori Personaliti Warna (25 Januari 2011)
1.Taklimat guru penasihat.
2.Ahli diedarkan Inventori Personaliti Warna ( IPW ) dan diminta menjawab iventori tersebut.
3.Guru pensihat menerangkan maklumat berkaitan ujian-ujianpsikometrik dan pentafsiran IPW.
4.Ahli meneroka kekuatan dan kelemahan diri melalui ujian IPW.
5.Sesi soal jawab antara ahli.
6.Aktiviti - Inventori Personaliti Warna ( IPW ).
7.Nyanyian lagu PRS, Sahabat PPDA, Malaysia 1.
Menghantar Mesej (8 Mac 2011)
Taklimat guru penasihat.
Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
Guru menyampaikan maklumat kepada semua Ketua Kumpulan/Ketua Pembimbing.
Setiap pelajar diedarkan 2 helai kertas A4.
Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan secara berbisik kepada peserta pertama.
Peserta tersebut pula membisikkan maklumat berkenaan kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
Peserta terakhir dikehendaki menulis maklumat (lukis gambar) yang diterima di atas kertas kosong yang diberi.
Ketua Pembimbing menunjukkan hasil lukisan yang telah selesai. Bandingkan hasil lukisan yang dibuat oleh setiap kumpulan dengan lukisan asal.
Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.
SUKAN SEAFIELD...30 April 2011
1 Sukan 1 Murid 1 MALAYSIA…
Majulah Sukan untuk Negara…
Salam Ramadhan 2011...
PROGRAM MAPAN
PROGRAM : Program Hati ke Hati (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
TARIKH : 24 Januari 2011
TEMPAT : SMK Seksyen 24, Shah Alam
OBJEKTIF PROGRAM :
Meningkatkan mutu sahsiah dan disiplin murid.
Pendedahan mengenai tatatertib dan undang-undang di Malaysia.
KUMPULAN SASARAN
Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.
PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Rendah)
PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Rendah Negeri Selangor 2011
TARIKH : 29 Mac 2011
TEMPAT : Hotel Presscot, Klang
OBJEKTIF PROGRAM :
Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.
KUMPULAN SASARAN
Pemimpin pelajar Sekolah Rendah.
Bilangan peserta : 300 orang
KURSUS FASILITATOR
PROGRAM : Kursus Fasilitator Sahabat PPDa-PETRONAS Negeri Selangor 2011
TARIKH : 22 hingga 24 Februari 2011
TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam
OBJEKTIF PROGRAM :
Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Mampu mengendalikan aktiviti-aktiviti latihan dalam program orientasi dan PPDa lainnya dengan berkesan.
KUMPULAN SASARAN
Pemimpin pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.
Bilangan peserta : 106 orang
EKSPEDISI LESTARI KE GUNUNG LEDANG RESORT
PROGRAM : Ekspedisi Lestari ke Gunung Ledang Resort
TARIKH : 25 hingga 26 Mac 2011
TEMPAT : Gunung Ledang Resort
OBJEKTIF PROGRAM :
Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum dengan menerapkan nilai melestarikan alam sekitar di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.
Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.
Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang “Pelancongan, Biodiversiti dan Alam Sekitar di resort bertaraf 4 bintang”
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam meneroka kepelbagaian kerjaya yang ditawarkan dalam industry pelancongan Negara.
KUMPULAN SASARAN
40 pelajar Kelab Kerjaya, PRS dan SLAD.
Menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS (29 Mac 2011)
1.Taklimat guru penasihat.
2.Semua ahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
3.Guru dan pelajar menceriakan dan mencantikkan Papan Kenyataan Kelab PRS.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE FRIM, KEPONG
PROGRAM : Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Perkhidmatan Setempat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong
TARIKH : 22 Mei 2011
TEMPAT : FRIM, Kepong
OBJEKTIF PROGRAM :
Meningkatkan perpaduan dan integrasi kaum di kalangan warga SMK Seafield dalam setting yang tidak formal.
Mengeratkan hubungan dan meningkatkan persefahaman serta kemesraan antara murid dengan murid, murid dengan guru dan guru dengan guru.
Memberi pendedahan kepada murid untuk melihat sendiri kejadian alam semulajadi sebagai pengisian pembelajaran dan pengalaman kehidupan seharian.
Memperluaskan pengetahuan murid tentang kerjaya dalam bidang ”Penyelidikan Biodiversiti dan Alam Sekitar”
PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS (Sekolah Menengah)
PROGRAM : Program Orientasi Sahabat PPDa-PETRONAS Sekolah Menengah Negeri Selangor 2011
TARIKH : 26 April 2011
TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam
OBJEKTIF PROGRAM :
Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.
KUMPULAN SASARAN
Pemimpin pelajar Sekolah Menengah.
Bilangan peserta : 300 orang
Halangan Komunikasi (12 April 2011)
Taklimat guru penasihat.
Semuaahli menyanyikan lagu PRS, Sahabat PPDa beramai-ramai sebelum aktiviti dijalankan.
Guru membuat pembahagian kumpulan (5 kumpulan).
Guru menyampaikan maklumat kepada semua ketua kumpulan/ketua pembimbing.
Ketua Pembimbing menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat‘body language’ kepada peserta pertama.
Peserta tersebut pula menyampaikan maklumat yang diberikan menggunakan isyarat‘body language’ juga kepada rakan dibelakangnya. Ini dilakukan sehingga peserta terakhir.
Peserta terakhir dikehendaki meneka maklumat yang diterima.
Kumpulan yang berjaya meneka dengan tepat dianggap sebagai pemenang.
Guru menjelaskan falsafah yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan.
0 comments:
Post a Comment