Antara pelajar-pelajar yang terpilih untuk melontarkan idea dan mengasah bakat dalam Aktiviti Pidato Spontan.
1. Taklimat guru penasihat.
2. Guru meminta setiap pelajar mencabut undi untuk menentukan tajuk yang perlu diulas dalam pidato spontan.
3. Pelajar-pelajar yang mendapat tajuk pada kertas undian perlu keluar ke hadapan untuk bercakap secara spontan berkaitan dengan tajuk yang telah ditetapkan.
4. Setiap pelajar perlu menyampaikan pengucapan awam selama 2 minit.
5. Tajuk yang telah dikhaskan adalah berkaitan dengan Rokok, Dadah, HIV dan Aids.
6. Penyampaian ucapan awam tersebut perlulah mempunyai pendahuluan, isi dan huraian, contoh,serta penutup/kesimpulan.
Falsafah:
- Memupuk sifat berani di kalangan pelajar untuk membuat pengucapan umum.
- Pelajar dapat menyatakan isi pengucapan secara spontan.
- Meningkatkan kenyakinan dalam diri pelajar.
- Pelajar dapat mengetahui dan menilai kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam diri mereka.