Pelajar secara sukarela tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
Pelajar menyelesaikan tugasan yang diberikan mengikut arahan.
Wakil pelajar melukiskan gambarajah sebenar yang perlu dibuat oleh para pelajar.
Perhubungan sehala:
1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya jangan bercakap atau bertanya apa-apa semasa proses berjalan.
Perhubungan 2 hala:
1. Guru memberikan kertas A4 kepada pelajar.
2. Guru memilih seorang secara sukarela untuk tampil ke hadapan mengendalikan kumpulan.
3. Guru memberikan arahan kepada semua pelajar supaya mengikut arahan yang diberikan dan dibenarkan bercakap, bertanya serta mengemukakan soalan jika arahan tidak jelas.
Falsafah:
- Pelajar dapat mengetahui bahawa perhubungan 2 hala adalah mustahak. Contoh Guru – pelajar.
- Sangat berbahaya jika terpengaruh dengan orang lain / tidak tetap pendirian / kurang kenyakinan diri / takut dan lain-lain.
- Pergaulan / perhubungan penting khusus dalam menuntut ilmu.
- Keberanian bercakap / bakat kepimpinan perlu ada dalam diri seorang PRS.
- Dalam keadaan tertentu kita memerlukan bantuan orang lain.
- Pemimpin, ibubapa dan lain-lain mempunyai tanggungjawab untuk membimbing anak-anak mereka dan orang lain.
Lampiran untuk aktiviti Komunikasi (Perhubungan Sehala dan 2 Hala)
No comments:
Post a Comment